Kelas E-Learning Dan Menjawab Kuiz Bahasa Malaysia

24 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 23 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-11 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

1) E-learning – Permainan dalam talian
Dengan menggunakan laman “Giant Hamster Run”, pelbagai permainan berbentuk Pendidikan boleh didapati. Permainan dalam talian ini bukan sahaja mengajar peserta muda kita tentang penggunaan fungsi papan kekunci pada komputer tetapi juga kepekaan dan kreativiti mereka untuk bermain. Laman sesawang Giant Hamster Run juga mempunyai pelbagai permainan yang lain, iaitu “Typing Ghost”. Dalam permainan ini, peserta hendaklah menekan huruf yang ada pada papan kekunci seiring dengan huruf yang muncul dengan cepat dalam permainan tersebut.

2) Menjawab Kuiz Online
Setelah itu, aktiviti kedua pula adalah menjawab kuiz dalam talian yang berunsur pendidikan dalam laman Wordwall.net. Di dalam laman ini, terdapat pelbagai bentuk kuiz yang disediakan mengikuti tahap Pendidikan para peserta Mereka menjawab soalan pilihan objektif yang telah disediakan dengan gambar dan pilihan jawapan. Selepas itu, kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu Oversharing. Hal ini kerana, dengan penggunaan sosial media yang berleluasa, ramai yang lupa akibat terlebih berkongsi boleh mendatangkan pelbagai masalah. Terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar. Perkongsian yang berlebihan boleh membawa kepada siber buli, penculikan, pencurian maklumat dan lain-lain.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali